Saturday 8 December 2012

Latihan


Latihan Bahagian B

Jadual 1 menunjukkan masa yang diambil untuk empat planet bagi mengorbit Matahari


Planet
Neptun
Uranus
Musytari
Marikh
Tempoh mengorbit Matahari
165 tahun
84 tahun
12 tahun
687 hari

 

 1. Nyatakan satu maklumat yang dikumpulkan dalam penyiasatan ini.

   ____________________________________________________________________________________

 
2. Nyatakan satu sebab yang menerangkan perbezaan masa yang diambil oleh Neptun   

dan Musytari untuk mengorbit Matahari.

____________________________________________________________________________________

 
3. Berdasarkan Jadual satu, apakah corak perubahan masa yang diambil oleh planet-

planet berlainan untuk mengorbit Matahari?

____________________________________________________________________________________

Latihan


Latihan
1. Susunkan Matahari, Bulan dan Bumi mengikut urutan diameter yang semakin  
    bertambah.
    A.   Bumi, Matahari, Bulan                 B. Bulan, Bumi, Matahari
     C.    Bumi, Bulan, Matahari                 D. Bulan, Matahari, Bumi
 
 2. -Beredar mengelilingi Matahari dalam satu orbit yang besar dan mengambil masa  
       bertahun-tahun lamanya untuk membuat satu peredaran lengkap
     Apakah ahli ini?
     A.   Meteor        B. Komet        C. Satelit semula jadi        D. Asteroid
 
3. Jarak manakah antara yang berikut adalah paling pendek?
A. Bulan dengan Matahari                B. Bumi dengan Matahari
C. Bumi dengan Zuhal                       D. Bulan dengan Bumi
 
4. Air boleh dijumpai di Marikh. Mengapakah Marikh tidak boleh menyokong    
hidupan?
A.   Airnya terlalu berasid                B. Airnya terlalu beralkaline
C.  Semua airnya telah membeku     D. Semua airnya berada dalam bentuk wap
 
5.  Mengapakah tidak mungkin untuk kapal angkasa mendarat di Zuhrah?
   A. Suhunya terlampau tinggi          B. Zuhrah terlalu dekat dengan lingkaran asteroid
C. Oksigen tidak wujud di Zuhrah    D. Gravitinya terlalu kuat
 

   
 

Friday 7 December 2012


Latihan

1. Maklumat berikut adalah tentang salah satu ahli dalam Sistem Suria.

Saya ialah satelit  semula jadi Bumi.
Saya tidak mengeluarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya dari  
  Matahari.

 

 

    Ahli manakah paling sesuai dipadankan dengan maklumat tersebut?

  A.   Marikh            B. Utarid             C. Zuhrah            D. Bulan

 2. Objek manakah dalam Sistem Suria ialah sebutir bintang?

    A.Zuhal               B. Bulan              C. Matahari          D. Komet

 3. Jarak manakah antara yan berikut adalah paling pendek?

   A. Bulan dengan Matahari              B. Bumi dengan Matahari

   C. Bumi dengan Zuhal                    D. Bulan dengan Bumi

 4. Mengapakah Bumi kelihatan biru apabila diperhatikan dari angkasa lepas?

   A. Sebahagian besar Bumi dilitupi ais

   B. Bumi mempunyai gunung-ganang yang tinggi

   C. Sebahagian besar Bumi dilitupi air

   D. Sebahagian besar Bumi terdiri daripada padang pasir

 5. Berapakah biji bola pingpong yang sepadan dengan diameter bola keranjang?

    A. 1000             B. 500            C. 400             D. 100