Friday, 7 December 2012


Latihan

1. Maklumat berikut adalah tentang salah satu ahli dalam Sistem Suria.

•Saya ialah satelit  semula jadi Bumi.
•Saya tidak mengeluarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya dari  
  Matahari.

 

 

    Ahli manakah paling sesuai dipadankan dengan maklumat tersebut?

  A.   Marikh            B. Utarid             C. Zuhrah            D. Bulan

 2. Objek manakah dalam Sistem Suria ialah sebutir bintang?

    A.Zuhal               B. Bulan              C. Matahari          D. Komet

 3. Jarak manakah antara yan berikut adalah paling pendek?

   A. Bulan dengan Matahari              B. Bumi dengan Matahari

   C. Bumi dengan Zuhal                    D. Bulan dengan Bumi

 4. Mengapakah Bumi kelihatan biru apabila diperhatikan dari angkasa lepas?

   A. Sebahagian besar Bumi dilitupi ais

   B. Bumi mempunyai gunung-ganang yang tinggi

   C. Sebahagian besar Bumi dilitupi air

   D. Sebahagian besar Bumi terdiri daripada padang pasir

 5. Berapakah biji bola pingpong yang sepadan dengan diameter bola keranjang?

    A. 1000             B. 500            C. 400             D. 100

 

Thursday, 6 December 2012

Latihan pengukuhan



http://www.softschools.com/science/space/solar_system_kids_games/

Notes:

Sistem Suria

Utarid

►Planet paling dekat dengan Matahari

Zuhrah

►Planet paling panas dalam Sistem Suria.

Bumi

►Satu-satunya planet yang boleh menyokong hidupan.

Marikh

►Planet merah.

Musytari

►Planet paling besar.

Zuhal

►Dilingkari oleh tiga gelang.

Uranus

►Planet biru-hijau yang berputar pada sisinya.

Neptun

►Ditutupi oleh laut cecair metana yang berwarna biru.

 

Notes:

Sistem Suria

☺Matahari ialah pusat Sistem Suria.

☺Terdapat lapan planet yang beredar mengelilingi Matahari.

☺Satelit semula jadi ialah objek yang beredar mengelilingi   

     planet.

☺Asteroid ialah objek batuan yang bergerak mengelilingi  

     Matahari.

☺Meteoroid ialah ketulan batuan atau logam yang terapung

    dan beredar di angkasa lepas.

 

Sunday, 2 December 2012